opsyen untuk anda

buntu; anda sebenarnya tengah berperang dengan jiwa anda. antara tiada opsyen ataupon opsyen terlampau banyak.. membuatkan otak anda terpaksa berhempas pulas membuat pilihan yang semestinya agak sukar. memilih antara jamban cangkung atau duduk, memilih untuk diet nak chantek atau selesa dengan obesiti besar gedabak hatta nak 'berangin' dalam tren yang sarat dengan penumpang atau di kawasan lapang lepas keluar tren sekali pon anda perlu untuk itu.

terpaksa memilih, itulah kehidupan.. biasanya membataskan pilihan anda² suma. kadang² anda berasakan ianya tidak adil. namun anda juga perlu mengkonsiderkannya sebagai cabaran bergelar khalifah di muka bumi-Nya. of coslah ianya sukar, amik contoh td la kan, sanggup ke anda memecahkan usus anda menahan angin sampai muka merah padam sambil bulu² roma meremang tak ingat? jalan singkat anda kepada opsyen yang ada, ak tau anda melepaskannya dengan rela beserta harapan ianya tidak berbunyi dan tidak mengeluarkan bau loji indah water.. jadi bolehlah anda menuding jari salahkan the innocent bangla sebelah tu kan? eh, xkan la mamat bermuka jambu seperti anda berangin sedemikian busuk kankan? x besla camtuh..

dalam membuat pilihan, anda seharusnya mendepankan ape sepatutnya berada di depan. dan sebagai seorang bergelar muslim, Allah The Almighty lah of cos. Dia lah maha berhak atas setiap pilihan anda.. pilihlah kerana-Nya, bukan kerana yang lainnya. ak jamin 1000% setiap pilihan kerana Allah membuatkan hati anda lebih tenang, dan anda sikit pon xkan menyesal malah anda akan lebih redha. itulah Dia, Dia tau kelemahan kita barang Dialah yang menciptakan. mustahil baginya tidak tahu. sifat 20 tuh, ak tau anda suma hafal kankan? baguslah..

dan antara faktor lain yang perlu anda konsiderkan ialah mak bapak anda yang selalu tukar pampers anda yang dah penuh tiap² malam mase anda muda² dulu.. mereka jugaklah yang memberi anda singgit buat bekal g skolah agar anda x lapar time rehat nanti. bile time balik pulak, merekalah yang menyambut anda menunjukkan betapa mereka takut anda diculik lelaki kucing mahupon wanita bepurdah yang tanye 'cantik tak muke ak?' tuh.. dan ak tau banyak lagi lah yg mak bapak anda² suma buat. campur jari tangan kaki anda dan jari tangan kaki ak skali pon mesti x cukup lagi nak hitung kankan? nih la pentingnya mak bapak anda dalam membuat pilihan.. syurga di bawah tapak kaki ibu, applied buat suma laki dan pompuan those yang x kawen lagi lah.. bagi pompuan yang dah kawen, citenye kat bawah plak.

sini cite bagi pompuan yang dah kawen dalam kate lainnya, dah berlaki. ak tau laki anda hensem dan paling gagah. kalo x mane die mampu nak dukung anda time amik gmbr kawen dulu kankan.. dielah perwira anda, menunggang, memandu, memelot (kata kerja untuk pilot) di siang malamnya nak tanggung anda dan anak anda dan juga anak kucing yang selalu meow² kat belakang umah anda.. dan yang paling penting, dielah 'penanggung dosa' anda.. ya, servis bertukar tangan, dari ayah anda si belalang tempur kepada beliau sang suami wira perkasa, menanggung dosa anda pompuan tiang negara. dari saat beliau melafazkan 'ak terima nikahnya blablabla', bermakna beliau telah merampas servis dari tangan chong wei, erkk? i mean merampas servis tanggung dosa dari ayah anda lah. dosa, x nampak beban dia kankan? tunggu akhirat sok² la nak tengok bapak besar mana laki anda galas kat belakang beliau.. kat situlah pentingya laki, hubby, husband, suami, sayang abang atau laen² lagi lah panggilan anda kepada beliau dalam membuat pilihan.

pilihlah kerana agama, bagi yg buntu antara opsyen², istikharah semestinya sangat membantu.. tiap² pilihan anda, mohonlah petunjuk dari-Nya agar ianya lebih berkat dan berada dalam lindungan-Nya sokmo. pilihan sudah tentu menstresskan anda yang sudah sedia stress dengan kerja pejabat (merujuk kepada mamat² pejabat), kerja sekolah (merujuk kepada murid dan cikgu), kerja universiti (merujuk kepada profesor madya, profesor, dr, student) kerja rumah (merujuk kepada surirumah dan lisa surihani guraujelah).. jadi ak bagi la ayat dari Darussyifa' yang bole membantu mengurangkan stress.

mohonlah dikurangkan stress
amalkan, mujarab untuk sakit² dari stress.. xmo la muda² comey lotey dah migrain sebab stress melampau. sekian sesi  kali nih, moga kita berjumpa lagi di waktu yang sama, rancangan yang sama, semestinya abang dan ustaz, hanya diiii?? tv18 dihati anda. jazakullah hu khairan kathira. maasalamah..

5 comments:

ankeljonni said...

selalu bila aku stress aku pasang lagu kuat2... huhuhu...

kuningkuning said...

x baguslah stress², otak tu nk keje patploh limeploh tahun lg kalu pnjg umo. huhu!

Miss Liya Levreez said...

kadangkala bila opsyen terlalu banyak maka pilihan jadi kurang tepat..

kuningkuning said...

yepp.. thats y lah a kite kena konsider Dia kankan? huu.

Miss Liya Levreez said...

ya..that's right!