sedap itulah puncanya

bace tajuk pon dah sedap kankan? bende ni la yang aku nak cite arinih. banyak benda sedap sedang merosakkan anda sebenarnya. dalam diamnya.. mengisi laju plasma darah anda, menggantikan oksigen, mengitari tubuh melalui pembuluh darah anda mengakibatkan anda kekurangan okigen akibat terlampau banyak sedap. amende aku merepek tah.. aku bukan ambik bio pon time skolah aritu.. saje nak bagi anda saspen disamping menyedapkan lagi entri nih.

sedap. bukan semua merosakkan. tapi kebanyakannya. cuba anda listkan, ape yang sedap bagi anda? bagi pekerja macam aku la kan, tido of cos sangat menyedapkan di sebalik bejimba bersama teman.. selain itu, benda lain yang sedapnya ialah berasap selepas makan. aku juga sangat suka kepada makanan sedap yang langsung takde dalam piramid makanan keluaran kementerian kesihatan. mengularsawa kat opis pon sedap.. dan ada satu nih, walopon anda tak suka, suara aku pon sebenarnya sedap di dengar. bolelaa kalu takat nak kuarkan suara F sharp steven tyler tuh.. tapi aku tak suka karaoke. tak sedap. suara aku hanyalah ngam dengan sistem PA jamban yang mana echo nya lebih..

tu baru aku. tak termasuk lagi perkara sedap bagi anda.. ape yang anda nampak? dalam banyak² kesedapan yang aku listkan, hanya satu bole aku kategorikan sebagai sedap yang tak merosakkan.. yakni itulah sedap suaraku. tak merosakkan.. sekiranya anda hadir ke konsertku dengan memakai ear shield lah.. dijamin selamat untuk kanak² separa dewasa seperti anda. eh, freelah! tak perlu bayar..

tido berlebihan semestinya merosakkan iaitu akan mengakibatkan tubuh anda terasa letih ala² nak demam. tido belebihan juga bole mengefek menjadikan anda lembab sedikit walopon seterusnya menjana minda anda untuk merekacipta alasan nak apply cuti.

bejimba ria bersama teman tersangatlah sedap hingga mengakibatkan anda tak sedar dah pukul 5 pagi sebenarnya. anda yang akan bekerja esok mulai menggelabah sambil membayangkan kebarangkalian punch card bewarna merah darah ikan untuk kali ke doploh lapan bulan nih.. dalam pada anda berasap dan menghirup nescafe ais jam 4.57 am, anda sekali lagi menjana minda memikirkan silang kata terbaik untuk disantapkan kepada bos anda yang berspek mata segi empat tepat dan sangat sukar disapa tersebut. ataupon janaan minda paling mudah, apply emergency leave untuk kali ke-tigaratus doploh lapan bagi tahun nih..

kesedapan yang terus-terusan menghantuiku sehingga today, itulah berasap selepas makan. sangat sukar untuk aku sebagai pengasap tegar mengatakan TAK NAK! sambil menggeleng² kepala disamping jari ke kiri dan ke kanan dan ke kiri.. di saat perut penuh itulah waktu terbaik untuk jantungku bekerja gigih dan bersaing dengan perut yang berhempas pulas membakar kalori.. sedap yakmat. sedap kankan? anda pengasap toksah tipulah.. sedap sangat merosakkan.

Upacara membakar jantung selepas makan. ( bang joni, aku cabar anda lah! haha ) 
Sumber google

makanan sedap pulak semestinya memerlukan monosodium glutamat tulen atau nama komersilnya ajinaemoto dalam kuantiti berlebihan. ianya juga mungkin memerlukan sedikit garam dan gula prai barangkali. cukup rasa! anda tersedia dengan makanan yang sangat sedap.. cukup nak buat air liur anda meleleh tak hengat.. dalam pada masa yang sama anda sedang menempah katil hospital sekali dengan misi³ yang comel dan kiut miut.. berbekalkan kerosakan buah pinggang, darah tinggi yang cukup untuk memecahkan sphygmomanometer hak kerajaan dan kaki yang sembab stok kencing manis, anda cukup syarat untuk diadmit ke hospital berdekatan.. semuanya kerana sedap..

kesedapan sangat sedap untuk ditinggalkan.. tapi aku nak ingatkan sikit la untuk anda, bukan suma benda sedap tu sedap. ada jugak benda sedap yang tak sedap. dan ada benda sedap yang sedap sekejap.. tingat pesan ustaz azhar idrus dalam ceramahnya last wik, 'islam di dunia merana, dunia adalah syurga bagi kafir'.. anda pilih nak bersedap kat sini ke kat sana? anda bersedap di sini, tapi anda mungkin tak bersedap di sana.. kot.. macam biase lah kawan, assalamualaikum lah!

4 comments:

jurnal murahan said...

pergh lepas makan..

kene pelak dengan kopi o, hujan renyai2, bantai melapok tepi pintu sekali

kene plak dunhill perrrrghhh


priceless!



.

melody mocker said...

haha! sangat sedap.. membuatkan ak rasa nak mkn dan berasap sekarang jugak! haha.

anne jasmine said...

a'a.... sedap la asap2 ni.. haish... ak yg berasap bace entry neh,

melody mocker said...

hahaha! ko berasap jugak eni? haha! ak x berasap dpn ko la eni.. takutnye ak menyebarkan benda yang tak patut ko kena. baiknye ak kankan? huu..