kenapa kuning²?

ramai yang bertanya tentang kuning²? apekah binatang kuning²? adekah binatang kuning² sespesis dengan kunang²? ataupon adekah kerana kesilapan menaip ketika nak beri nama kat polis mase nak daftar surat beranak binatang nih tahun lepas? ataupon tiada satu pon di atas? ataupon³?

cerita dia cani la lebih kurang.. dulu aku bagi blog nih name melodramatic mockingbird.. aku pon tak pasti kenapa aku pilih name tuh. sedap kot? pastu nampak ganas.. kot? aku pon pakai nama pena melody mocker bersempena album oag tahun bape tah.. yang pasti abang aku beli kaset tuh.. atas alasan nampak ganas jugak. apelaa.. bajet bagus betul mamat nih.. sambil itu aku jugak terpikir, name omputih, tapi content in bahasa, tak jadi kot.. tak ganas dah. tak sedap dah.. lagipon bahasa omputih aku setakat derjah bape je. nanti kang mat saleh bace ramai² pastu gelak² kat negara mereka, pastu mesti mereka print screen page aku and then sebarkan melalui laman² sosial about my broken english. time tu mesti aku da lari ke marikh..

atas sebab² keselamatan, aku pon berusaha menukar nama blogku. ianya tidaklah semudah menjerit "BERTUKAR!" sepertimana yang biasa dilakukan oleh masked rider masked rider sejagat.. tapi ianya hanyalah semudah menukarkannya di bahagian settings. semudah ABC katanya omputih. 

dan alasan menukarkannya kepada binatang kuning² adalah tak diketahui jugak.. dulu member aku pernah mendescribekan pebende tah kepada binatang kuning². binatang kuning² ni sebenarnya merujuk kepada ulat bulu. ianya diambil bersempena satu dialog kat dalam cite pendekar bujang lapok.. time ramli mengorat cikgu ros.. seraya itulah ajis kot cakap, 'ulat bulu nih binatang kuning². macam mambang kuning jugak.. kalau terkena gatal..' cara beliau mendescribekannya agak lawak, dan dari itulah benda nih cam flashback kat otak aku, balik zaman skolah balik, pastu aku tanpa teragak² memberikan nama tu kat blog aku nih..

si pelik binatang kuning²
namun pembongkaran ini bukanlah bermaksud aku ni segatal ulat bulu, mengorat sana sini. beparti hujung minggu, naek bmw.. cari gebu², teman beradu.. ianya hanyalah sebagai intro. dan jawapan mungkin bagi mereka yang bertanya di luar sana. yang sebenarnya, aku pon tak tahu kenapa aku memilih name nih.. papepon, terima kasih lah kepada kuning²sters yang berjumlah tigeblas orang setakat nih. dan kepada penskodeng² jugak.. terima kasih dan teruskan menyapot. terimalah pantun dua rangkap dari aku. amalan beblog amalan yang sihat, marilah kita menjadi sihat.. good luck my baby MA! and i love you so..

12 comments:

Miss Liya Levreez said...

cerita p.ramlee mmg best..dh boleh hafal skrip dia..sbb tgk byk kali...

ankeljonni said...

oooooo... ingatkan kunang-kunang..
huhuhuhu

Jurnal Murahan said...

hahaaha

aku terasa bangga kerana menjadi sebahagian dari kuning2sters ahaha

kuningkuning said...

liya: adeje skrip tu kankan? huhu!
bang joni: aku dah agak mesti ramai yg ingat kunang2.. hahah!
jurnal: tenkiu bro.. ko menyapot ak utk menulis.. huhu!

btw tenkiu suma2 kuning2sters.. tambah lg sorg dah jd patblas.. huhu! tenkiu beb!

Unknown said...

name x penting.. arah tujuan kite yg penting.. :)

btw, menarik gak name binatang kuning2.. :)

kuningkuning said...

oh, okok. tenkiu heidi shafiq. berusaha untuk lebih berarah tuju lepas nih.. hee..

BulinG said...

oh.. wut comes in my mind when it comes to binatang kuning5 is yusrizainularifinkepalebeso lah....

kuningkuning said...

yessszaaa! i mentioned him with "dulu member aku pernah mendescribekan pebende tah kepada binatang kuning²"..

anne jasmine said...

much~! haha.. agak lma x menstalker sini.. bz lah sbgai pengfinal.. hurmm... plus umah sewa yg pening mikior~!

kuningkuning said...

xyah mikior² sangat la eni.. buling kat ats nh duk area kusza, die byk umah sewa kot. haha!

a.samad jaafar said...

yeahhhh..polo binatang kuning-kuning pulak..err.. ulat bulu ???

kuningkuning said...

tenkiu a.samad.. anda meningkatkan dorongan untuk beblog ak. huhu! tah. aku pon x paham sangat nape aku bagi name nh.. hahaha!