bila dah besar sikit

bila anda dah besar sikit, anda akan perasan, benda yang anda tak kisah masa kecik dulu telah mula diambil kira oleh anda. ianya agak banyak, anda mengambil kira benda yang remeh temeh. anda mula jualikan (selfish), demand macam² benda. anda takut anda nampak kuno di kalangan rakan anda. persekitaran sekeliling memainkan peranan. aku pon ngaku aku lain sikit bila dah besar sikit. tapi sikit je ah. huhu!

cerita aku, dulu mase time derjah satu sampai derjah nam, aku skolah kat kampung atuk aku. bukan bermakna aku tinggal dengan atuk aku, tapi mak aku kerja, pagi² dia nak gi kerja kena drop aku dan adik beradik aku yang lain kat skolah dulu. pastu petang baru dia balik. aku yang abis skolah tengahari kena la balik jalan kaki dulu ke umah atuk aku yang mana membasahkan bontot jugak ah perjalanannya.. tapi tu time budak², jalan kaki jauh mana pon, tak bersungut.. sebab ramai yang jalan kaki jugak sambil menyanyikan lagu negaraku dan hafal sifir gaya siti sifir.. kalo bulan pose siap ada yang takbir raya.. bila dah besar sikit, taknak dah jalan kaki. koman² nak beskal yang raga kat depan macam beskal bantuan kerajaan.. nak ada kelas sikit mintak beskal lerun.. yang penting ada beskal.. takde beskal taknak gi skolah. taknak gi skolah, taknak dapat nombor satu dalam kelas.  nak taknak mak ayah aku belikan jugak beskal lerun kecik kaler hijau untuk di-wheelie oleh aku.. tu dia aku punya penangan bila dah besar sikit..

dan perkara bodoh dalam proses nak jadi besar sikit yang aku ingat sampai sekarang, ialah menaiki kereta datsun 120y milik ayah aku dengan dipandu oleh mak aku semasa balik dari skolah. mase tu aku derjah mpat. walopon ayah aku cikgu, mak aku keje gomen, ianya tak menjamin kemewahan kami.. adik beradik aku ramai. umor pon selang setahun dua je.. kami membesar bersama, anda kena la kira berapa kos nak membesarkan kami semua sekaligus.. kete yang ayah pakai datsun 120y tu je. masa tu ramai golongan ibu bapa pakai proton wira. kebanyakan mak ayah kawan aku naik kete² baru.. kalo mak aku datang ambik kat skolah, mesti aku nyorok² dulu, tengok keadaan sekeliling sebelum berlari cepat² masuk kete dan tutup muka dengan baju skolah penat konon²nya.. bodoh je, tu mase aku dah besar sikit. dan pernah sekali aku balik main sukan kat skolah, mak aku datang ambik, awek paling cun dan paling aku rase nak tekel mase tu, keluar dari pagar skolah time aku berlari nak masuk kete.. ini perkara spoil. aku tak tau tindakan berbentuk macam mana harus diambil untuk mengelakkan awek tersebut tau aku naik kete racing jepun tuh.. dengan spontan aku menyorok kat bawah dashboard buat² cari barang hilang sampai mak aku tanye, 'cari ape?'.. aku langsung tak angkat kepala lebih kurang 5 minit jugak ah.. hahahoho! benda seremeh² tu pon aku ambik kire anda tau.. dasat tak dasat anak mak aku sorang nih. padahal kalo aku wat muke slambe, pakai ray ban kaler hitam, mesti nampak sempoi naik kete tuh..

bukan kete ayah aku, tapi ni la rupe kete ayah aku.
sumber curik kat sini
bila dah besar sikit, aku mengaroo lagi. balik tuisyen pukul 9.30 malam ayah aku datang ambik lewat sikit, aku boleh je cebik dan ambik tindakan drastik kurang ajar dengan buat mogok tak cakap apa².. ayah aku tak kata apa, suasana dalam kete dah serupa library.. dan lagi bila aku dah kenal erti kedudukan nombor dalam kelas tiap kali peperiksaan, aku yang dapat nombor 4 dari belakang masa derjah mpat jugak buat² tak dengar time mak aku tanya, 'im, mane kad kemajuan nak bagi ayah sign?'.. bukan aku taknak tunjuk, matlamat aku sebenarnya aku nak tunjuk kad tu pagi esok time orang kelam kabut nak gi skolah dan nak gi kerja. harapan menggunung agar mak dan ayah aku tak perasan yang aku dapat kedudukan terbaik yang songsang. dan pagi esoknya apa anda teka? aku bagi kat mak aku kad tuh, dah dapat elak ayah aku sebab ayah aku dah gerak gi skolah. mak aku prihatin ah kawan, dia dapat detect nombor 36 dalam kad kemajuan aku walopon semua saling kelam kabut pagi tu. mak aku cakap dia taknak sign lagi, nak hold dulu, tunggu petang bagi ayah sign.. ni dah kes berat.. aku hempaskan beg skolah jenama swan aku dan taknak pegi skolah. nangis kuat² sambil hentak kaki ke lantai. mata berkaca bengkak kemerahan.. woohoo! dan dengan kelulusan mak aku yang bertindak sebagai guru besar pagi tu, aku tak pegi skolah.. bila petang ayah balik nak sign, aku guna senjata pagi tadi, nangis lagi. pagi tadi dah tolak ansur, petang ni takde dah.. kena la tazkirah sikit buat bekalan agar membaiki kedudukan nombor dan ajar supaya tak sorok kad kemajuan. yeay! sedap.

naik derjah lima, dah kenal jam tangan jenama pasar malam. kawan aku pakai nampak smart dan sofistikated. aku pon nak satu ah. susun strategi ah kawann.. wikend nanti aku nak jugak jam tangan. ayah aku dalam dua tiga minggu sekali mesti gi bandar cari barang keperluan. masa tu adalah time terbaik untuk aku melembikkan tengkuk dan buat mata kucing mintak ayah aku beli jam tangan.. taktik lembik tengkuk aku menjadi, aku dapat jam yang aku nak.. haha! demand bodoh.. ok, dah dapat jam. pegi skolah tunjuk² dengan kawan, bukti ayah aku sporting lisbon.. dengan strategi lembik tengkuk mata kucing pertama yang menjadi, tiga minggu kemudian aku buat lagi. kali ni aku mintak jam yang ada gambar kucing garfield background dia. jarum jam first tadi pon tak tercabut lagi, aku dah mintak jam kedua. ni demand parahh.. ayah aku tak layan, dia wat ketat. dia cakap kalo die beli jam tu, dia nak aku pakai dua² sekaligus. haha! aku apa lagi, tarik muka ahh.. pikir balik sekarang, perangai aku macam ayah aku lah cina tauke jam tersebut. teruk ah.

hmmm.. banyak lagi perangai tak masuk akal aku time dah besar sikit. tapi kalo aku tulis semua mau lima nam page tak abis lagi nih.. sekarang dah meningkat dewasa dan dah bole pikir long term, semua tu berubah selow².. tapi tu bukan bermakna dah tak demand. bila dah dewasa ni lain cerita. pikir keperluan la pulak.. nak ikut kehendak memang tak cukup. pikir nak berbini, berkereta, berumah, bertangga, beranak, bercucu dan segala macam ber lagi lah. nasihat aku tak banyak, bila dah besar sikit, tak kire ah besar umur ke, besar pangkat ke, besar kereta ke.. nak wat sesuatu keputusan, jangan pikir untuk hari ni, esok ataupon lusa, tapi pikir lah untuk due tige mpat lime ploh tahun kedepan. apa efek dia masa tu. contoh senang, nak kawen lebih satu,  pikir harta cukup, rasa bole bahagi² masa macam time study dulu, bole ah nak kawen sampai cukup mpat pon.. pikir masa depan, dapat cucu pat lima ploh orang kalo tuhan nak bagi. bole anak cucu doakan  time kite dalam kubur. nak lagi kedepan, pikir kat dalam kubur, bini² pon dapat pekdah, dapat payong emas free. contoh je nih.. aku ni bujang lagi, tak pikir lagi nak kawen satu ke mpat. kawan pompuan yang cantik, silalah jangan marah.. kalo rasa nak marah sangat, silalah komen.. anda sangat cantik bila komen dalam keadaan marah. assalamualaikum kawan pompuan yang cantik..


18 comments:

aiNa MardHiaH said...

melembikkan tengkuk dan buat mata kucing ~~ hahaha

-aku wak gtu kalo g pasar malam nak beli belon. haha. gerenti dapat. wakakakakaka

kuningkuning said...

memang gitu skil dia. mok ayoh dop sapa hati tengok tekok anok lembek loli..

mum tengok ah esok² na anok mum wak gitu ke mum. ahahaha!

nur izza amimah bt aziz@ibrahim said...

smpai lenim practise lembik tekok agi ke? haha. galoks ekpomm

kuningkuning said...

yesszzaa! kena praktis sokmo ah ema, si peraih simpati aktor berbakat.

mrs.meera said...

macam comel je bila wat lembik tengkuk n mata kucen..ak nk try wat la kt ma abah ak..sure kpala ak kena taji ngn diaorg...huh.....

kuningkuning said...

bole try la mrs meera..

mungkin 1st time mereka akan terpukau, tapi 2nd time bersedia aa nak kena 'luku berasap'. ahaha!

a.samad jaafar said...

lu masih beruntung bro.. bapak aku ambik aku kat sekolah pakai basikal tua je bro.. hihihi..

aku suka baca catatan berbentuk kenangan mcm ni.. teruskan menulis bro..gaya cerita yg jujur dan menarik !

kuningkuning said...

ohoho! memang sangat beruntung mad. tapi time kecik, mane pikir sume tuh. pikir kite je.. yang bes asik kite, mak ayah asik tak bes. bertuah punya budak. haha!

tenkiu mad sudi nak baca. ohoho!

Jurnal Murahan said...

kalau aku abang sulong enkau aku babap babap enkau ni hahahaha

kuningkuning said...

ahaha! abang sulong ak x babap yeop, die perli pedas².. terasa gak ah. huhu.

update la lagi jm tuhh.. hoho!

anne jasmine said...

nama ko di tag weh.... hee... tgok kat blog aku ea.. ruginye pic je x da. isk~!

Anonymous said...

klakor la naim nih time kecik, dop makang samang =P

kuningkuning said...

tanpa nama: samang dop makan, makan nasik je. sapa lenim pon makan nasik. ohoho! rase mcm kenal?:p

Jurnal Murahan said...

WOI Bila nak hapdate woi ahahah

kuningkuning said...

ahaha! malas yeop. cahaya kerajinan tu x sampai lagi. haha!

a.samad jaafar said...

aku org susah bro..ke mana2 bapak aku bawak aku dengan basikal tua..tp aku tetap bangga..

bila aku semakin tua..semakin hari semakin sunyi..orang2 yg tersayang pergi satu demi satu..

aku blah dulu la bro..aku nak nangis nih..huhuhu..

anne jasmine said...

sunyi je kawan... majok x nak update ke?

kuningkuning said...

mad: ahaha! jgn la nangis yeop. mike wat teman nak nangis jgak. hahah! betol ke ayat aku?

anne jasmine: hahah! dulu ngapdet dalam keadaan emo, keyboard selalu basah dgn airmata. skang hati riang rasa malas sikit nak apdet. hahah!