ngorat cinta lama

mula² skali, aku nak gelak sambil menari sana sini sebab dah lama tak update benda nih.. huhu! agak merumitkan. dengan kemudahan streamyx yang baru je dipasang kat umah aku, aku tetap juga tak update. of kos aku memilih streamyx, sokong produk company lah.. untung² gaji aku jugak yang naik. buat anda yang nak bebroadband sangat tuh, pakai la streamyx. pakej 2 dalam 1.. dalam anda mendapat kemudahan bertenet siang malam tanpa perlu merisaukan capacity band yang anda langgan, anda juga membantu aku untuk naik gaji dan makan bonus sedap².. sokonglah streamyx, made in malaysia.. tah ape aku mengarut pon aku tak tahu.

okeh, untuk kali nih aku nak cite sket pasal awek lama yang telah dimengorati oleh aku zaman kegemilanganku dulu. kami kembali berjumpa secara kebetulan last year. oh, beliau di company yang sama denganku sambil kali ini membuatkan mataku memandangnya berkali².. sungguh mengujakan dapat kerja disini sambil melihat kecomelan awek seperti beliau.. hubungan kami tampak seakan kembali kepada zaman kegemilangan dahulu yang mana kami bertemujanji di BB sambil memamah keropok lekor pasar malam versi banyak kanji dari ikan dan menunggang scrambler 2 stroke di jalanan seakan cerita gila² remaja yang dibintangi oleh faizal husin @ azroy bersama rehana yasin @ suzi dan disutradarakan oleh seniman husin abu hassan, ayah faizal husin sendiri.

 
tiada kaitan, ni kepok yang dipinjam dari google image

tapi semua itu agak blur dengan statusku yang telah dipunyai oleh exgefrenku pada masa itu. aku mencuba untuk tidak terpikat dengan beliau yang tinggi seakan model tuh.. beliau pulak bakal menukar status dari single ke married. oh, semuanya agak kabur.. pertemuan kami di tempat kerja sebenarnya agak menjanggalkan. serius, aku yang macho nih buat² tak nampak bila ada awek baru yang masuk. beliau di unit lain, unit yang memantau dokumen kerosakan telekom. ala, suma telepon mahupon tenet yang direpot rosak dipantau oleh unit ni lah.. beliau datang buat latihan ape tah kat situ. aku ingatkan beliau hanyalah seperti budak praktikal lain yang rotate² masuk unit berlainan. aku telah memplan untuk test market time beliau masuk unit aku nanti.. sumpah aku tak cam beliaulah awek yang berazroy (merujuk kepada menunggang seperti babak gila² remaja) denganku suatu ketika dulu..

sampai lah ke babak aku diberitahu oleh kartini abdullah (nama tipu) yang beliau ialah fatehah aziz (bukan nama sebenar). omaigod! (lakonkan dengan efek muka terkejut gedik) she is beliau! kecik pulak dunia nih. pusing² tiga pat tahun, jumpa balik.. adapon beliau bakal dinikahi oleh jejaka malaya beliau, kami sempat bertukar² no talipun, melalui kartini abdullah (nama palsu). sempat jugalah aku me'mesejhi' beliau barang sepatah dua bertanyakan khabar papa mama dan sanak saudara beliau.. dalam permesejan tersebut, beliau juga turut memaklumkan yang beliau bakal bekahwin. lagu pelamin anganku musnah mula dipasang oleh radio² rasmi kerajaan dan radio swasta seakan menghormati upacara berkabung..

tarikh beliau kawen plak adalah sama dengan harijadiku. adakah ini kebetulan ataupon telah diplan? aku mengambil iktibar dari peristiwa ini dan berhasrat melancarkan mogok dengan tidak memakan durian secara malar meskipon sekarang musim durian. aku tak pergi kawen beliau.. aku takut terjadi babak dalam filem korea ataupon hindustan yang mana hero tunjuk hebat membantah akad yang dilaksanakan tok kadi.. dah la kacau majlis orang, marah pulak dengan tok kadi yang innocent tersebut. lagi satu, aku lupa, aku ada gefren lagi masa tuh (ermm, bab kira gefren nih aku lemah laa).. biarlah beliau bahagia bersama jejaka malaya pilihan beliau tersebut dan aku plak bahagia dengan gefrenku dari korea time tuh. (aku break dengan gefren korea kerana tak mampu menguasai bahasa korea, harap maklum)..

tapi sekarang, selepas setahun cerita nih, dan juga selepas beliau beranak satu, aku kembali bergandingan bersama beliau dengan kadar jarang².. itupon selepas di diforcekan untuk membuat kerja² repair streamyx di dunia luar yang serba mencabar.. bergandingan maksud aku ialah seperti menelepon beliau untuk buat kerja² check customer account, reset password mahupon ajak dating. erk? sesungguhnya aku merasa untuk mengorat balik beliau selepas beberapa bulan memegang watak lonely soldier boy, tapi kekangan jejaka malaya milik beliau dan status beliau sebagai bini mithali membuatkan suma tuh agak terbantut.. serius, bila anda hidup sorang² tanpa wanita ditambah pula exgefren anda dah bertemu dan memilih yang lain, ianya menjadi seperti 'suatu keadaan yang agak mendesak'. tapi aku lebih memilih untuk tidak membuat keputusan menkapeli (couple) orang lain kerana exgefrenku telah berpunya.. ianya semestinya keputusan yang tidak adil bagi perempuan yang bakal menjadi america's next top gefren.

tiada kaitan dengan artikel. saja pomot kot ada yang nak ngorat.
kesimpulan dari kisah kali ini, berjumpa gefren lama yang dah berkahwin sedikit menguji.. rasa sayang hei, rasa sayang² hei dari cerita dulu boleh membuatkan anda mengontek beliau balik untuk menanyakan khabar anak beliau walaupon sebenarnya anda kontek beliau adalah kerana rindu.. kalau lah anda kantoi rindu dengan abang sayang beliau, semestinya sedas parang akan singgah di kepala anda membuatkan anda terlantar kat hospital dengan 87 jahitan. lagi teruk anda juga berkemungkinan terlantar kat dalam keranda tanpa ada lagi peluang nak update blog anda. eh, update kat kubur pon boleh lah.. okeh, assalamualaikum kawan!