barang bukan sokmo!

bercuti sangat menyeronokkan. lebih² lagi setelah bekerja 7 hari seminggu selama berbulan lamanya.. ditambah lagi dengan tempat bercuti tuh sungguh mendamaikan, ianya akan membuatkan anda rasa seperti takmo balik. tak campur lagi panorama² tambahan yang membuatkan mata anda yang sebelum ini berkedip 238 kali sesaat menjadi tak berkedip.. keseluruhannya sungguh seronoklah! anda bole men-try-nya sekali..

yang sebenarnya aku nak share cite aku ke redang je arituh.. sungguh mengujakan! aku tak pernah ke pulau untuk beralam ria cuti sekolah kot.. kalu pegi pon, gi bidong je lah. tu pon mengikuti program survival laut yang diwajibkan untuk student u aku dulu. u yang aku cabut tak bayar hutang.. bukan ape aku tak gi pulau, anda suma tau yang ianya memakan kos kankan? ditambah lagi dengan statusku yang tak pandai berenang dan tak memiliki body ketul² seperti fahrin ahmad mahupon malek nor. aku pikir kalu tak pandai berenang cane nanti aku nak menyelamatkan diri kalo bot yang kami naiki telanggar iceberg lalu terbalik dan merempuh penghadang jalan raya? logik jugak kankan? dan bila ke pulau aku pikir kita perlulah memiliki body ketul² untuk berjoging ataupon berjemur bersama minah² saleh yang pakai baju kecik² tu.. nak bejemor pon kena la konsider kaler kulit.. kalu dah pekat tu takyah nak sunbath² sangat la.. keruh je.. orang ganu cakap 'bekelarin'..

cuma dok kat pulau nih anda perlu bijak memilih pakej lah.. harga rabak².. tak amik pakej bole, tapi kira la kalu bilik >rm150 1 malam, makan >rm10 sekali makan alamatnya kedarah megi lah anda. mungkin juga anda tak perlu kedarah megi di pulau, tapi efek selepas balik, anda kedarah megi 2 minggu terakhir gaji.. ni aku cakap bagi pekerja² berpendapatan kadar <rm1500/bulan lah.. nak pilih pakej pulak carilah pakej yang lengkap.. skali accomodation, makan minum, aktiviti² menarik yang membuatkan anda rasa nak peluk² pulau tersebut..

pakej murah biasanya takde aktiviti sangat.. aku pegi pakej yang snorkelling banyak. bukan aku pilih, rakan aku kot yang ejaskan.. bagi yang tak pandai berenang seperti aku nih, snorkelling banyak membuatkan perut anda kembong dengan air laut.. dengan isipadu 10 liter air laut sehari, aku yakin aku bole habiskan air laut sekiranya aku menetap disana untuk setahun.. ok, aku plawok.. tapi terminum air laut sampai sendawa berulang³ kali kot.. rakan² ku hanyalah bergelak sakan melihat fenomena itu..

ok, aku takmo cite banyak dah. sebagai bukti aku gi pulau, ni dia aku sediakan gambar untuk dijadikan souvenir anda. aku tau anda nak ucap terima kasih, aku jawab terus, sama²..

view bagi jeles

jeti yang membakar kaki mereka yang berkaki ayam

seberang tu pulau redang jugak

hero remaja 2011
baywatch terhangat

hero k-pop

aku rasa ni macam babak dalam iklan

semuanya bergembira nak lemas
semua gembira dah tak perlu lemas

PATI yang menyeberang ke mesia naik bot
 okeh.. nih je la cite untuk kali nih.. kalu nak ke pulau, ajak la aku jugak. lagi bagus kalu belanja sekali. pantun kali nih, pulau redang jauh ke tengah, gunung daik bercabang tiga, kalau ada umur yang panjang, lain kali berjumpa lagi.. assalamualaikum kawan!