kenapa kuning²?

ramai yang bertanya tentang kuning²? apekah binatang kuning²? adekah binatang kuning² sespesis dengan kunang²? ataupon adekah kerana kesilapan menaip ketika nak beri nama kat polis mase nak daftar surat beranak binatang nih tahun lepas? ataupon tiada satu pon di atas? ataupon³?

cerita dia cani la lebih kurang.. dulu aku bagi blog nih name melodramatic mockingbird.. aku pon tak pasti kenapa aku pilih name tuh. sedap kot? pastu nampak ganas.. kot? aku pon pakai nama pena melody mocker bersempena album oag tahun bape tah.. yang pasti abang aku beli kaset tuh.. atas alasan nampak ganas jugak. apelaa.. bajet bagus betul mamat nih.. sambil itu aku jugak terpikir, name omputih, tapi content in bahasa, tak jadi kot.. tak ganas dah. tak sedap dah.. lagipon bahasa omputih aku setakat derjah bape je. nanti kang mat saleh bace ramai² pastu gelak² kat negara mereka, pastu mesti mereka print screen page aku and then sebarkan melalui laman² sosial about my broken english. time tu mesti aku da lari ke marikh..

atas sebab² keselamatan, aku pon berusaha menukar nama blogku. ianya tidaklah semudah menjerit "BERTUKAR!" sepertimana yang biasa dilakukan oleh masked rider masked rider sejagat.. tapi ianya hanyalah semudah menukarkannya di bahagian settings. semudah ABC katanya omputih. 

dan alasan menukarkannya kepada binatang kuning² adalah tak diketahui jugak.. dulu member aku pernah mendescribekan pebende tah kepada binatang kuning². binatang kuning² ni sebenarnya merujuk kepada ulat bulu. ianya diambil bersempena satu dialog kat dalam cite pendekar bujang lapok.. time ramli mengorat cikgu ros.. seraya itulah ajis kot cakap, 'ulat bulu nih binatang kuning². macam mambang kuning jugak.. kalau terkena gatal..' cara beliau mendescribekannya agak lawak, dan dari itulah benda nih cam flashback kat otak aku, balik zaman skolah balik, pastu aku tanpa teragak² memberikan nama tu kat blog aku nih..

si pelik binatang kuning²
namun pembongkaran ini bukanlah bermaksud aku ni segatal ulat bulu, mengorat sana sini. beparti hujung minggu, naek bmw.. cari gebu², teman beradu.. ianya hanyalah sebagai intro. dan jawapan mungkin bagi mereka yang bertanya di luar sana. yang sebenarnya, aku pon tak tahu kenapa aku memilih name nih.. papepon, terima kasih lah kepada kuning²sters yang berjumlah tigeblas orang setakat nih. dan kepada penskodeng² jugak.. terima kasih dan teruskan menyapot. terimalah pantun dua rangkap dari aku. amalan beblog amalan yang sihat, marilah kita menjadi sihat.. good luck my baby MA! and i love you so..

sedap itulah puncanya

bace tajuk pon dah sedap kankan? bende ni la yang aku nak cite arinih. banyak benda sedap sedang merosakkan anda sebenarnya. dalam diamnya.. mengisi laju plasma darah anda, menggantikan oksigen, mengitari tubuh melalui pembuluh darah anda mengakibatkan anda kekurangan okigen akibat terlampau banyak sedap. amende aku merepek tah.. aku bukan ambik bio pon time skolah aritu.. saje nak bagi anda saspen disamping menyedapkan lagi entri nih.

sedap. bukan semua merosakkan. tapi kebanyakannya. cuba anda listkan, ape yang sedap bagi anda? bagi pekerja macam aku la kan, tido of cos sangat menyedapkan di sebalik bejimba bersama teman.. selain itu, benda lain yang sedapnya ialah berasap selepas makan. aku juga sangat suka kepada makanan sedap yang langsung takde dalam piramid makanan keluaran kementerian kesihatan. mengularsawa kat opis pon sedap.. dan ada satu nih, walopon anda tak suka, suara aku pon sebenarnya sedap di dengar. bolelaa kalu takat nak kuarkan suara F sharp steven tyler tuh.. tapi aku tak suka karaoke. tak sedap. suara aku hanyalah ngam dengan sistem PA jamban yang mana echo nya lebih..

tu baru aku. tak termasuk lagi perkara sedap bagi anda.. ape yang anda nampak? dalam banyak² kesedapan yang aku listkan, hanya satu bole aku kategorikan sebagai sedap yang tak merosakkan.. yakni itulah sedap suaraku. tak merosakkan.. sekiranya anda hadir ke konsertku dengan memakai ear shield lah.. dijamin selamat untuk kanak² separa dewasa seperti anda. eh, freelah! tak perlu bayar..

tido berlebihan semestinya merosakkan iaitu akan mengakibatkan tubuh anda terasa letih ala² nak demam. tido belebihan juga bole mengefek menjadikan anda lembab sedikit walopon seterusnya menjana minda anda untuk merekacipta alasan nak apply cuti.

bejimba ria bersama teman tersangatlah sedap hingga mengakibatkan anda tak sedar dah pukul 5 pagi sebenarnya. anda yang akan bekerja esok mulai menggelabah sambil membayangkan kebarangkalian punch card bewarna merah darah ikan untuk kali ke doploh lapan bulan nih.. dalam pada anda berasap dan menghirup nescafe ais jam 4.57 am, anda sekali lagi menjana minda memikirkan silang kata terbaik untuk disantapkan kepada bos anda yang berspek mata segi empat tepat dan sangat sukar disapa tersebut. ataupon janaan minda paling mudah, apply emergency leave untuk kali ke-tigaratus doploh lapan bagi tahun nih..

kesedapan yang terus-terusan menghantuiku sehingga today, itulah berasap selepas makan. sangat sukar untuk aku sebagai pengasap tegar mengatakan TAK NAK! sambil menggeleng² kepala disamping jari ke kiri dan ke kanan dan ke kiri.. di saat perut penuh itulah waktu terbaik untuk jantungku bekerja gigih dan bersaing dengan perut yang berhempas pulas membakar kalori.. sedap yakmat. sedap kankan? anda pengasap toksah tipulah.. sedap sangat merosakkan.

Upacara membakar jantung selepas makan. ( bang joni, aku cabar anda lah! haha ) 
Sumber google

makanan sedap pulak semestinya memerlukan monosodium glutamat tulen atau nama komersilnya ajinaemoto dalam kuantiti berlebihan. ianya juga mungkin memerlukan sedikit garam dan gula prai barangkali. cukup rasa! anda tersedia dengan makanan yang sangat sedap.. cukup nak buat air liur anda meleleh tak hengat.. dalam pada masa yang sama anda sedang menempah katil hospital sekali dengan misi³ yang comel dan kiut miut.. berbekalkan kerosakan buah pinggang, darah tinggi yang cukup untuk memecahkan sphygmomanometer hak kerajaan dan kaki yang sembab stok kencing manis, anda cukup syarat untuk diadmit ke hospital berdekatan.. semuanya kerana sedap..

kesedapan sangat sedap untuk ditinggalkan.. tapi aku nak ingatkan sikit la untuk anda, bukan suma benda sedap tu sedap. ada jugak benda sedap yang tak sedap. dan ada benda sedap yang sedap sekejap.. tingat pesan ustaz azhar idrus dalam ceramahnya last wik, 'islam di dunia merana, dunia adalah syurga bagi kafir'.. anda pilih nak bersedap kat sini ke kat sana? anda bersedap di sini, tapi anda mungkin tak bersedap di sana.. kot.. macam biase lah kawan, assalamualaikum lah!

untuk peng'exam

blog hari² membuatkan aku sedar, sebenarnya aku ramai memolow student.. tengok kat blog update tuh dekat nak separuh jugaklah yang mengupdate blog dengan kata kunci FINAL. bagi anda² student yang memolow aku, selamat berfinal lah aku wishkan. nak je aku kasi trik untuk anda agar boleh diaplikasikan setiap kali menjelang peperiksaan dan seterusnya anda mampu menyekor pointer yang bewarna terbang (flying colors).

1. LECTURER

carilah lecturer dan pergilah kat beliau dengan membawa buah tangan barang sebijik dua buah epal hijau kegemaran beliau. buatlah mata kucing dengan efek kilauan maksimum sambil bertanyakan kesihatan beliau. dalam keadaan beliau terpukau dengan pandangan mata anda ditambah kesedapan epal hijau berjus banyak tersebut, anda secara perlahan² tanyalah soklan spot untuk final kali nih.
amaran: pastikan anda tidak didakwa di bawah akta sexual harassment in the studying place dengan kilauan mata anda.

2. KAWAN

kawan geek anda sangat penting di saat² genting cani. perangai pelik mereka seperti mengira bintang menggunakan teorem pitagoras menjengkelkan anda saban hari. mereka mungkin sukar didekati apatah lagi dibelai dah semacam kongkang di waktu siang. tapi anda perlu mengakui yang anda memerlukan mereka untuk kali nih. untuk mendekati mereka aku suggestkan anda ambilah hati mereka dengan turut serta membuat pengiraan bintang atau mendedahkan kaitan hukum ohm dengan jumlah bintang di langit. sila tunjukkan dengan penuh konfiden agar beliau berasa selesa dengan anda. seterusnya, anda hanya perlu ke dewan peperiksaan dengan beliau dan memilih tempat paling hampir dengan beliau agar tengkuk anda sampai ke mejanya.

3. NOTA KECIK MACAM HARAM

trik nih memang dah selalu sangat diaplikasikan. juga dikenali sebagai toyol, ianya sememangnya menjadi pilihan pelajar yang susah nak hafal formula atau untuk subjek yang memerlukan ingatan kepada isi² penting. bagi mereka yang agak kreatif, belakang kalkulator pon jadik. tapi pastikan tapak tangan anda yang berpeluh tak tersentuh dengan kalkulator tersebut yang mana akan menghilangkan kesan² nota yang anda tulis sampai pukul 8 pagi tadi. dinasihatkan jugak agar cepat² pastekan nota tersebut dimana² kertas jawapan agar anda tidak ditangkap dengan pegawas peperiksaan semasa proses memuat turun jawapan dari kalkulator.

4. TEMPAT DUDUK

trik nih applied bagi tempat belajar yang memberi peluang kepada student untuk memilih tempat duduk ketika exam. of cos anda pilih tempat belakang. tapi sebenarnya bagi aku, depan lagi selamat nak panjangkan tengkuk ke kawan geek sebelah anda. tempat paling bahaya adalah tempat paling selamat. kot..

5. AKU

last la nih.. aku pening nak tulis apelagi dah. ape kaitannya aku dengan final exam anda? agak pelik. pastu anda terpikir tak 'mamat nih skolah sampai derjah bape nak ajar² aku trik?'.. pikir lagi, anda duk depan pc time nih, bile anda nak start study untuk paper polisi anda yang 22 aribulan nih? hahah! anda yang nak berpaper kot, aku bagila trik² aku time upsr arituh..

===================================================

aku nak tanye kat anda la kan, time belajar nih, anda nak lulus ke anda nak paham ape yang anda belajar sebenarnya? kalu takat nak lulus, baik balik je la.. tolong apak anda motong lagi bes.. tengah² getah mahal nih.. nanti tak la pening sangat nak bayar pitipitipu.. okeh, nak ucap good luck buat beliau si comel bebibir seksi dengan ucapan, tunggu la saya untuk phd.. kikiki! assalamualaikum lah! 


opsyen untuk anda

buntu; anda sebenarnya tengah berperang dengan jiwa anda. antara tiada opsyen ataupon opsyen terlampau banyak.. membuatkan otak anda terpaksa berhempas pulas membuat pilihan yang semestinya agak sukar. memilih antara jamban cangkung atau duduk, memilih untuk diet nak chantek atau selesa dengan obesiti besar gedabak hatta nak 'berangin' dalam tren yang sarat dengan penumpang atau di kawasan lapang lepas keluar tren sekali pon anda perlu untuk itu.

terpaksa memilih, itulah kehidupan.. biasanya membataskan pilihan anda² suma. kadang² anda berasakan ianya tidak adil. namun anda juga perlu mengkonsiderkannya sebagai cabaran bergelar khalifah di muka bumi-Nya. of coslah ianya sukar, amik contoh td la kan, sanggup ke anda memecahkan usus anda menahan angin sampai muka merah padam sambil bulu² roma meremang tak ingat? jalan singkat anda kepada opsyen yang ada, ak tau anda melepaskannya dengan rela beserta harapan ianya tidak berbunyi dan tidak mengeluarkan bau loji indah water.. jadi bolehlah anda menuding jari salahkan the innocent bangla sebelah tu kan? eh, xkan la mamat bermuka jambu seperti anda berangin sedemikian busuk kankan? x besla camtuh..

dalam membuat pilihan, anda seharusnya mendepankan ape sepatutnya berada di depan. dan sebagai seorang bergelar muslim, Allah The Almighty lah of cos. Dia lah maha berhak atas setiap pilihan anda.. pilihlah kerana-Nya, bukan kerana yang lainnya. ak jamin 1000% setiap pilihan kerana Allah membuatkan hati anda lebih tenang, dan anda sikit pon xkan menyesal malah anda akan lebih redha. itulah Dia, Dia tau kelemahan kita barang Dialah yang menciptakan. mustahil baginya tidak tahu. sifat 20 tuh, ak tau anda suma hafal kankan? baguslah..

dan antara faktor lain yang perlu anda konsiderkan ialah mak bapak anda yang selalu tukar pampers anda yang dah penuh tiap² malam mase anda muda² dulu.. mereka jugaklah yang memberi anda singgit buat bekal g skolah agar anda x lapar time rehat nanti. bile time balik pulak, merekalah yang menyambut anda menunjukkan betapa mereka takut anda diculik lelaki kucing mahupon wanita bepurdah yang tanye 'cantik tak muke ak?' tuh.. dan ak tau banyak lagi lah yg mak bapak anda² suma buat. campur jari tangan kaki anda dan jari tangan kaki ak skali pon mesti x cukup lagi nak hitung kankan? nih la pentingnya mak bapak anda dalam membuat pilihan.. syurga di bawah tapak kaki ibu, applied buat suma laki dan pompuan those yang x kawen lagi lah.. bagi pompuan yang dah kawen, citenye kat bawah plak.

sini cite bagi pompuan yang dah kawen dalam kate lainnya, dah berlaki. ak tau laki anda hensem dan paling gagah. kalo x mane die mampu nak dukung anda time amik gmbr kawen dulu kankan.. dielah perwira anda, menunggang, memandu, memelot (kata kerja untuk pilot) di siang malamnya nak tanggung anda dan anak anda dan juga anak kucing yang selalu meow² kat belakang umah anda.. dan yang paling penting, dielah 'penanggung dosa' anda.. ya, servis bertukar tangan, dari ayah anda si belalang tempur kepada beliau sang suami wira perkasa, menanggung dosa anda pompuan tiang negara. dari saat beliau melafazkan 'ak terima nikahnya blablabla', bermakna beliau telah merampas servis dari tangan chong wei, erkk? i mean merampas servis tanggung dosa dari ayah anda lah. dosa, x nampak beban dia kankan? tunggu akhirat sok² la nak tengok bapak besar mana laki anda galas kat belakang beliau.. kat situlah pentingya laki, hubby, husband, suami, sayang abang atau laen² lagi lah panggilan anda kepada beliau dalam membuat pilihan.

pilihlah kerana agama, bagi yg buntu antara opsyen², istikharah semestinya sangat membantu.. tiap² pilihan anda, mohonlah petunjuk dari-Nya agar ianya lebih berkat dan berada dalam lindungan-Nya sokmo. pilihan sudah tentu menstresskan anda yang sudah sedia stress dengan kerja pejabat (merujuk kepada mamat² pejabat), kerja sekolah (merujuk kepada murid dan cikgu), kerja universiti (merujuk kepada profesor madya, profesor, dr, student) kerja rumah (merujuk kepada surirumah dan lisa surihani guraujelah).. jadi ak bagi la ayat dari Darussyifa' yang bole membantu mengurangkan stress.

mohonlah dikurangkan stress
amalkan, mujarab untuk sakit² dari stress.. xmo la muda² comey lotey dah migrain sebab stress melampau. sekian sesi  kali nih, moga kita berjumpa lagi di waktu yang sama, rancangan yang sama, semestinya abang dan ustaz, hanya diiii?? tv18 dihati anda. jazakullah hu khairan kathira. maasalamah..

maaf, tak sesempurna itu

kebenaran adalah kebenaran, walopon agak pahit nak ditelan sebenarnya.. adeje kebenaran yang manis, tapi dengan harga barangan yang tengah syok naik sekarang nih, banyak kebenaran yang kurang gula..

post² ak yg belabel 'hidup' sebenarnya banyak menjurus kepada hidup ak.. terrrbaraii, kehilangan gefren sebab kecuaian sendiri.. ak mudah terlalai dgn ape yg ak ad.. ak yakin beliau ak punye, ak yakin, dan oleh sebab terover confident, sekarang ak lah lonely soldier boy.. kembali menjadi penunggang bertopeng, bermotor belalang, bersut getah kaler hitam, menentang keganasan gorgon. semuanya sendiri²..

agak sukar melaluinya, merangkak, merayu saban malamnya, meraban yg tah pape, ak betol² mengaplikasikan lagu queen - too much love will kill you. petik sikit lah bagi anda yang x tau..

♪♫♪♫♫ too much love will kill you, just as sure as none at all, it will drain the power thats in you, make you plead, and scream and crawl. and the pain will make you crazy, you're the victim of your crime.. too much love will kill you everytime ♫♪♪♫♪

bende nih belarutan. payah untuk redha kali nh. padahal ni bukan la 1st time pon cite break ak.. beza kali nih dengan yang sebelum nh, yg sebelum nh ak lepaskan dengan benci, kali nh beliau mintak dilepaskan tengah² rasa sayang hei, rasa sayang² hei lagi.. due situasi berbeza kankan?

mencuba untuk redha pada mulanya, bagitau dgn diri sendiri, mungkin beliau mintak untuk kendurkan sikit suasana tegang yang bermula bila kami jarang jumpe dari sebab kesibukan ak bekerja dan berkawan².. huhu! tapi ak jadi x tentu bile ad laki lain yang timbul dalam pada masa ak letakkan fullstop cerita kami. perkara pelik kat situ, ak jeles. bodoh je.. ya, laki tu x timbul time kami berdua, tapi dia timbul time kami tak setel lagi bagi penjelasan satu sama lain. nak cakap kat sini, bukan laki tu la penyebab kami break.. tapi ak x seronok.. eh, anda seronok ke tengok perempuan anda dengan laki lain? memang takk lahh..

kami dulu² time dikejar paparazi
 
ak x kenal pon laki tuh.. x pernah tau pasal laki tu walopon die cakap dah lame kenal laki tuh, tapi x serapat lepas kami break.. ape yang ak rasa, laki tu ambil kesempatan atas ke'break'kan ak.. tu yg menimbulkan rasa x puas hati ak.. eh, nape ak x puas hati? dulu x nak jg elok² kankan.. ak lah lelaki pelik. eh, masked rider memang berkelakuan pelik lah..

sepatutnya sekarang ak lebih redha. dan seharusnya ak lebih menikmati waktu² single cani.. benda nh agak baru, mungkin.. membuatkan ak selalu pikir bodoh².. x perlu pikir sangat pon actually. sekarang perlu fokus cane nak selamatkan shadow moon dari gorgon je.. sambung sket lagu queen tadi..

♪♫♫♪♪♫ i feel like no one ever told the truth to me, about growing up and what a struggle it would be. in my tangled state of mind, i've been looking back to find, where i went wrong.. too much love will kill you, if you cant make up your mind, torn between the lover and the love you leave behind.. you're headed for disaster, cos you never read the signs, too much love will kill you every time.. ♪♫♪♫♪♪♫

mungkin susa nak hapy macam dulu, tapi mungkin jugak bole tumpang hapy beliau. serious, dengan ak dulu die asik nangis je.. skang bole tengok die senyum. bes lah of cos! nak kena make up mind balik, ade jodoh adelah kami.. huihuihui!

dan kalu pareh bace entri nih, ak yakin yang beliau akan senyum sorang² dan datang lepak lepas nih dengan muke memperli (ak tau beliau x kutuk. kikiki!..) mamat burung toksah amik kire laa.. botok plak jarang layan bende nh. yang die tau politik change die je.. btw, assalamualaikum lah!      

beliaulah lelaki

okeh, kali nh ubah pengisian sket. lelaki.. ape yg anda expect? berambut lurus, pacak, atau afroman? bertubuh sasa atau kurus cengkung smpai tulang pipi nk terkeluar? tinggi ke rendah? romantik atau tak banyak cakap? bagi aku la kan, yg mane satu pon anda punye atau dapat (bagi pompuan la nh), terimalah beliau sebagaimana beliau dan selagi beliau bole membuatkan anda senyum sampai nampak geraham kecil anda yang baru tumbuh semalam..(dedicate buat beliau yg singgah sekejap arituh)

pompuan perlukan perhatian, dan bagi ak la kan, lelaki bole bg anda sume tuh.. awal² mungkin. lame² sket mereka akan bosan² sket. lame³ sket lg, mereka akan bosan³ sket lg. kecuali laki korea ataupon hindustan kegemaran anda kat astro, 8tv mahupon tv3 panggung sabtu yg ak tau xkn bosan bercinta sakan.. ya, laki akan bosan, tp jgnla anda bimbang atau susah ati atau nangis atau rase nk g toilet.. sebab kalo lah anda yakin dengan mereka, anda juga seharusnya yakin dengan apa yg mereka buat. try lah tanye kat kapel anda yg dah pat lime tahun ataupon setahun adeje, 'u bosan ke?'.. eh, of coslah mereka tak jawab, 'ya, i bosan dah'.. kalu mereka jawab cmtu anda rase anda boleke tahan empangan airmata anda dari pecah dan menyebabkan tsunami sekaligus merosakkan tanaman dan memusnahkan reaktor nuklear fukushima daichi?  tak bole knkn? jd pikirlah dulu nk tnye.. jgn sebab tu peristiwa chernobyl berulang kembali.. anda pon takmo berubah menjadi mutant² dari radioaktif knkn?

anda takmo anak sedara anda hijau cani knkn?
mereka syg anda. syg sangat. em, syg sangat².. syg sangat³.. erkkk! yakinlah benda tu. kecuali sesetengah laki yang iQ rendah lah kot. (lelaki curang memiliki iQ yg rendah; research bohh).. dalam tempoh bosan anda mungkin teprasan yg mereka akn buat bende² pelik seperti payah nk jumpe, payah nk msg, payah nk kol, payah nk beli aiskrim ataupon choki² kegemaran anda kat kedai runcit gmart depan umah beliau.. ataupon bende² pelik yg lain lg lah.. yg penting kat sini, cuba besabar.. kalu anda sabar sikit dan yakin lelaki anda tak curang, ak bole cakap, mereka akan datang kat anda dengan aiskrim dan choki² yg lebih besar dan lebih menghargai anda dari awal² pencouplelan anda dengan beliau dulu.. mereka berubah sekejap untuk menjadi cybercop dan menyelamatkan dunia mungkin, lepas mereka buang kostum tuh, anda bolehlah kembali berdating kat pantai atau tasik atau kedai apam balik banyak jagung kegemaran beliau..

lelaki pon salah, tak paham konsep pon nk couple jugak.. bile awek lari barulah terenjut² nk kejar balik.. barulah nak dedicate lagu hanyut faizal tahir kat awek. eh, awek anda dah xdelah.. erpphh! bagi mereka yang sedeh² break up, bolelah rujuk entri melupakannya versi jurnal murahan nehh.. ianya pasti bole membantu anda untuk tido dengan hati riang, jiwa tenang, terus terang.. semangat muhibah menjamin kesejahteraan dan tolong menolong amalan mulia.. good luck!

bes lah!

ari nh paling bes. bos cantik xde, senior xde.. ape lg, bermain² lah! hoho!

stahun keje kat sini, da rse mls.. buat ak terpikir, tabah sungguh pekerja² kat sini (termasuk aku la tuhhh). awl² dulu ak la yg paling semangat. of cos lah, sbb ak yg paling mude.. time tu dtg kje malu² lg.. senior ak bg pc, suh pasang sendiri. oh oh oh.. bende yg senang knkn? tp ak x pernah pasang pc sendiri. hoho! kat uma ak bkn je pc, wyr pc pon xde. bole je ak pasang, time on nmpk sume ok, tp monitor gile gelap. terbakar ke monitor nh? dtg senior ak tgk, oh, taklah.. ak x pasang plug monitor. mane ak tau monitor ad plug.. ak ingatkan die sambung ke cpu je. bodoh..

pastu kene brief lg dgn senior. ape keje ak kat sini. nak gune ape.. kalo anda nak tau, keje ak dok dlm opis je. monitor system.. kat sini ramai budak praktikal. time ak masuk aritu ad lbh kurg 4 org bdk praktikal. mezoh, suha, mimi n madihah.. dgn mereka nh la ak membesar. mereka plak yg ajr ak. huhu! terima kasih lah.

mimi, madihah, suha
dpt pc membuatkan ak lg teruja. bole tenet² lg.. wahhh! bes².. tp kat opis byk yg kne block la.. huhu! tp oklah, sbb kul 1 mereka bukak kejap fb. pastu kalu dah gian sgt nk fb, tgu la smpai abs kje.. huu. apeje ad kat fb yg membuatkan anda semangat nk tgu? klu dlu² yela knkn..

start bulan 9 aritu, division ak dpt bos baru. bos dari top management lah. lbh ganas dari yg sebelumnye.. kje 7 hari smgu utk budak² baru mcm ak nh.. tlg unit lain clearkan trouble report.. life tolak tepi dah.. xde specialty dah, xde jaminan dah anda dok opis anda selamat.. kene basahkan baju time panas (berpeloh la i mean), basahkan baju time ujan (basah mndi ujan), basahkan baju dlm lubang (berenang dlm main-hole) dan basah dari segala macam lg lah.. die cakap sesuai la dengan pengkelasan kami (kat dlm nh pangkat ak nh mereka kelaskan sebagai multi-skilling, kne pndai sume bnde, jd anda kene pndai atau buat² pndai lah..)

skg da rs mls nk keje.. kne dump dgn awek lg. awek marah dah tinggal lame sangat. hahah! kalu x kje pon kuar lepak dgn kwn, mmg layak la di dump awek knkn.. hoho! suma nh menimbulkan rs nk further study.. tgk la tahun² dpn klu bole apply space..

rindu nk berkuliah dgn awek² cun mcm budak² tadika.. jln pegang² tgn kot.. tapi space adeke bnde² cmtuh? assalamualaikum lah!